Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Mabisa Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.
Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Sri Visaya. Derek Headly (1950) menyatakan Legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bisaya
No comments:
Post a Comment