Tuesday, September 13, 2011

TARIAN TRADISI KAUM BISAYA

 Kaum Bisaya mempunyai tarian tradisinya tersendiri iaitu Tarian Sayau Bagarus dan Tarian Liliput.
Tarian Sayau Bagarus
Tarian Sayau Bagarus adalah tarian yang terhasil daripada cara kaedah Kaum Bisaya mendapatkan hasil sagu yang diperoleh daripada batang pokok rumbia. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit rumbia, mengarus, memijak dan menyaring.  Proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan mereka mencipta Tarian Sayau Bagarus.  Tarian ini biasanya akan ditarikan dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang.

Manakala tarian Liliput  pula ditarikan untuk mengubati orang sakit.  Maksud Liliput ialah mengelilingi pesakit semasa proses mengubati pesakit, oleh itu tarian ini adalah tarian mengelilingi.   Kaum Bisaya percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh ilmu sihir dan roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut.  Tarian ini dilaksanakan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput sehingga pesakit sedar atau sembuh.  Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.
sumber: http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/pdm/beaufort/beaufort_kesenian.asp

1 comment:

  1. blh saya mnta emel encik? saya nk bertanya tentang suku kaum bisaya di Beaufort kerana nak buat penyelidikan.

    ReplyDelete